Watch Out!!

Total Pageviews

Klik untuk lihat promosi

Monday, 27 June 2011

London : Wanita kahwin dengan mayat

LONDON: Seorang wanita berkahwin dengan teman lelakinya yang sudah mati pada satu majlis di Perancis selepas mendapat kebenaran Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Karen Jumeaux, 22, menggunakan undang-undang Perancis untuk berkahwin dengan tunangnya, Anthony Maillot, hampir dua tahun selepas terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Wanita itu menulis kepada Sarkozy meminta kebenaran berkahwin dengan tunangnya yang sudah mati dan kemudian permohonannya diluluskan kerana beliau boleh membuktikan yang mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Pasangan itu bertemu pada 2007 dan mempunyai cahaya mata lelaki pada 2009, sebelum kekasihnya itu mati pada usia 20 tahun.

Dia memakai gaun putih melafazkan ikrar di dewan majlis di Dizy-le-Gros, timur Perancis, Khamis lalu.

Beliau berkata: “Saya tidak pernah mahu melakukan perkara ini sendirian, tetapi takdir sudah menentukan. Tambahan lagi, kami merancang untuk membesarkan anak bersama-sama.
“Saya tidak merancang untuk melakukannya sendiri. Kini, saya isterinya dan akan sentiasa menyintainya. Kami cinta pandang pertama dan menjalin hubungan selama empat tahun,” katanya.

Seorang pakar undang-undang Perancis berkata, jika Maillot bertemu dengan kekasih baru selepas ini dia perlu mengemukakan permohonan cerai. – Agensi

Sumber dari Berita Harian
Kesian jugak dengan dia ni. Cinta sejati nampak gayanya, walaupun kekasihnya sudah meninggal dunia dan berada di alam lain tapi tetap di hati.

Monday, 13 June 2011

Rumah Kecil Moden

Konsep rumah ( direka oleh Tommie Wilhelmsen ) ini sesuai di bina di atas tanah yang sempit atau terhad dan mempunyai keluarga yang kecil. Umpama kecil-kecil cili padi, biar kecil tapi berisi. Walaupun saiz rumah ini kecil, tapi lengkap dengan dapur, ruang tamu dan tempat tidur. Di antara kelebihan rumah kecil ini ialah kos pembinaan rendah, mudah untuk di jaga dan dibersihkan serta kurang perabot ( kuranglah perbelanjaan perabot ).

Sunday, 12 June 2011

Koleksi Pintu Kaca Tanpa Bingkai

Terdapat beberapa koleksi pintu kaca tanpa bingkai yang menarik dan moden. Paten merangkumi alam semulajadi sehingga abstrak ini di reka oleh Casali. Jom tengok....

Saturday, 11 June 2011

Hotel

Hotel yang ringkas di mana hanya mepunyai sebuah bilik untuk dua orang sahaja, tapi lengkap dengan dapur, bilik air dan tempat tidur. Juga terdapat dek di bahagian atas bumbung. Tentu anda terfikir bagaimana pulak pelanggan nak naik ke atas. Mereka hanya menggunakan tangga tali untuk naik. Wow....ala-ala Tarzan la pulak kan.

Friday, 10 June 2011

2in1, Shower turn into Luxury Bathtub

Pereka produk ini Piotr Pyrtek, mendapat ilham daripada bunga Tulip yang sedang mekar. Dengan gabungan warna putih dan hijau yang menyegarkan suasana bilik mandi. Produk ini memang sangatlah sesuai kepada sesiapa yang mempunyai ruang bilik mandi yang sempit tapi teringin memiliki tub di dalam bilik mandi. Seperti yang anda lihat di dalam gambar di bawah, tub boleh ditutup jika tidak digunakan dan bilik mandi akan kelihatan lebih kemas dan luas. Waaa...... Seronoknya....

Thursday, 9 June 2011

Cutting Board & Scale Combination


Produk ini pasti menjadi tumpuan ramai terutamanya surirumah yang gemar memasak. Mana tidak, Cutting Board dan penimbang di gabungkan menjadi satu. Produk ini memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak. Dan yang paling penting, anda cuma perlu keluarkan dan basuh satu barang saja kan. :-)

Wednesday, 8 June 2011

The World’s Longest-Floating Mobile Homes

One group has lived on moving islands made of living reeds continuously for hundreds of years in rural South America. Amazing!


Everything floats with them on their giant lake – homes, boats, furniture and more. The Uros islanders fish and craft, anchor as necessary but move across the surface as well. As the eight-foot-thick beds of reeds these people and objects rest upon slowly sink below, more is added above to make up the difference. Each step yields 2 to 4 inches of give underfoot.


A watchtower on a large central island recalls the original purpose to their flight from land – enemies encroaching on all sides, forcing them to build upon the water.

Klik untuk mengetahui apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...