Watch Out!!

Total Pageviews

Klik untuk lihat promosi

Thursday, 21 April 2011

Video Tragik Tsunami di Jepun


Semasa tengok video ni, degupan jantung semakin lama semakin cepat. Apatah lagi rakyat Jepun yang mengalaminya saat itu. Sungguh tragik bencana Tsunami yang berlaku di Jepun. Semoga Malaysia di jauhkan dari segala bencana dasyat. Ada satu ketika kereta memasuki terowong, tapi malangya terowong tu pun dimasuki air yang sangat deras, apalah nasib mangsa di dalam kereta tu ye. Ada di antaranya berusaha melarikan diri menuju ke bukit.Fuhh... Dasyat sungguh!!

Friday, 15 April 2011

Wow!! Tiz Zaqyah menyayi!!

Tak sangka dalam diam rupanya Tiz Zaqyah ni ada bakat menyanyi apatah lagi suaranya sedap didengar. Nur Kasih The Movie ni akan di tayangkan di pawagam pada 19 Mei 2011. Hasrat di hati ni memang nak sangat pergi. Mesti best filem ni. Meh la kita sama-sama serang pawagam untuk mengetahui kisah selanjutnya drama Nur Kasih ni. Pasti akan mendapat sambutan yang hangat dari peminat drama Nur Kasih kan, termasuk la saya....


* Suka tengok Tiz Zaqyah berlakon, bersahaja & berkesan.

Apa Kes??? Kepala Tutup, Bawah Terdedah!!

Saya saja ingin berkongsi masalah yang dihadapi segelintir rakyat masa kini. Nak tahu apa? Tengah dok syok belek-belek FB, ternampak satu gambar yang tak elok dipandang. Lebih-lebih lagi watak utama tu wanita yang bertudung. Astaghafirullahala'zim.. Apa sudah jadi ini?? Kenapa begitu sekali pemahamannya mengenai etika menutup aurat? Anda tengoklah sendiri dan jadikanlah pengajaran. Klik di sini.

* Ya Allah, kuatkanlah iman ku... Aminnn...

Thursday, 14 April 2011

Denggi Melanda > 5 Orang Jadi Mangsa


Denggi oh Denggi
Gempar bila lima rakan sekerja kena demam denggi. Takut oooo.... Untuk rekod kawasan ni memang sinonim dengan demam denggi. 
  • Mangsa pertama masuk hospital selama seminggu, sekarang ni dah ok. 
  • Mangsa ke-2, ke-3 & ke-4 masuk hospital hari Isnin (11.04.2011) dan semuanya sekarang dinasihati oleh doktor berehat di rumah. 
  • Mangsa ke-5 masuk hospital Sg Buloh semalam (13.04.2011). Mengikut maklumat rakan, mangsa yang ke-5  yang paling teruk, sampai masuk ICU. Mudah-mudahan dia sembuh secepat mungkin.
Disebabkan kejadian ni, bos mengupah sebuah syarikat Pest Control untuk buat Forging semalam. Fuhhh....dah tak nampak benda lain lagi dah. Nampak asap putih je. Sekarang ni pun masih ada lagi baunya. Dan secara automatiknya, air 100 Plus telah manjadi kegemaran rakan-rakan yang lain. Saya pun sama gak...

Tuesday, 12 April 2011

Macam-Macam Ragam...




Nama : Tom
Makanan Kegemaran : nasi + ikan bilis (bagi makan makanan kucing tu, dia xnak...cerewet kucing ni)
Hobi : Buli adik-beradik lain, meniarap seperti gambar di atas,lari sana-sini
Luar biasa : Makan plastik.. (mula-mula ingatkan dia kunyah-kunyah jer, tapi pastu dia gi telan pulak plastik tu. hmmm...

 
Nama : Tengok (sebab suka sangat tengok orang mandi)
Makanan kegemaran : Makanan Kucing ( Tak suka sangat makan nasi + ikan bilis...cerewet ni. ikan bilis goreng tak nak makan. nak yang mentah jugak...hmmm...)
Hobi : Makan, Tidur, Jalan-jalan kat luar ( gi jumpa pakwe, sekarang anak dah 6 ekor. 3 besar, 3 bar 2 minggu lebih)
Luar biasa : tau je bila kita panggil dia... sebut jer 'Tengok', terus toleh...Bijak-bijak, anak siapa lah)

haaa.... yang ni tak ada nama lagi... Saja jer nak kongsi gambar dia.. susah sangat nak ambik gambar. Asyik nak lari jer... Bulu dia jenis panjang, kaler coklat macam kaler mak dia sikit (kucing siam). Ada dua lagi anak kucing kecil ni, tp xsempat lagi nak amik gambar. Nanti bila dah ambik, saya akan update ye.


# suka sangat dengan kucing ni, tapi hidung ni alah dengan debu,bulu kucing. Asyik bersin je...huhuhuhu.....

Alahai.... Pie Ayam....





Ahaks... Cubaan pertama masak Pie Ayam ni. Resepi ambik kat MY RESIPI jer... Sedap gak la, tp intinya masin sikit (terlebih letak sos tiram, hahahaha....;D).  Yang paling digemari kulitnya.. Sedap & memang kesukaan mak saya sebab kulitnya lembut, tak de lah keras. Tapi...... kulit tu tak cukup untuk buat penutup Pie la pulak. Terpaksalah letak ciput-ciput je kat atas tu.... Tak pe, lain kali nak wat cheese tart... errrmmmmm... Sedapnya.... (terliur ni....)

Thursday, 7 April 2011

Akhirnya Kaer Azami....

     Oooopppsss...apa yang ada dalam fikiran anda bila membaca tajuk di atas?? Bukan bertunang apatah lagi berkahwin k. Biar saya sambung ayat tersebut. Akhirnya Kaer Azami akan mengeluarkan album barunya yang bertajuk " A New Chapter". Yup, akhirnya penantian peminat Kaer berakhir setelah menunggu sekian lama.
    Untuk makluman, Kaer ada satu permintaan kepada peminatnya. Kaer mengajak semua peminatnya bagi memilih lagu untuk dijadikan single pertama. Lagu-lagu boleh di download di http://www.musicunlimited.com.my. Antara lagu Kaer ialah Pacar Rahasia,Bisikan, Masih Mencintai Mu, Cinta Tak Ternoda & Kamu (Remix).

     Apa tunggu lagi, tolonglah artis kesayangan anda ni dalam membuat keputusan untuk memilih lagu single pertama beliau. Semoga para peminat beliau yang sabar menunggu terubat rindu & berpuas hati dengan hadirnya album " A New Chapter". Aminn...    Kalau tengok Kaer ni mesti teringat kat Nurul Af2. Ye la kan, dulu kan dieorang ni digosip bercinta. Tapi tak tahu la setakat mana kebenarannya.


psst2... Nurul sekarang ni dah ada syarikat sendiri,Betta Fantasia Resources menyediakan perkhidmatan seperti Multimedia Presentations, Events and Marketing, Merchandising and Gifts, Songs, Jingles, Video Presentations. Tahniah!!

Wednesday, 6 April 2011

Wardina Safiyyah - "Berbaloi Penat Lelah Ku"

Tips kepada ibubapa untuk mendidik anak-anak menunaikan solat 5 waktu dari Wardina Safiyyah. Saya baca artikel ni di FB beliau. Jadi kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Semoga anak-anak kita berjaya di dunia & di akhirat. Amin...

"Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?"

---Sharing is Caring--

Tuesday, 5 April 2011

Bila Bakat, Kecomelan & Lagak Spontan Bergabung



Tengah dok belek-belek FB masa rehat, tertarik la dengan satu video ni. Memang akan menarik perhatian sesiapa jer yang menonton. Dengan raut wajah yang comel, mata sepet , aksi spontan yang mencuit hati, tengok banyak kali pun tak bosan. Kawan kata kat youtube da banyak lagi video budak yang sangat berbakat ni main Ukulele. Bila cari-cari, jumpalah dua lagi video yang menarik perhatian. Ok, kita enjoy dulu tengok video-video di bawah ye..

Serba sedikit mengenai Ukulele. Ia merupakan keturunan keluarga Gitar, berukuran kecil sekitar 20 inci sahaja dan berasal dari Hawai.

Monday, 4 April 2011

Ku Merindu @ Ku Menunggu

Mana satu pilihan anda? Ku merindu (Ella) @ Ku menunggu (Rossa)? 
Layan je video dieorang ni yer...



Lirik Lagu Ku Merindu - Ella feat. Shah

Shah:
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu


Ella:
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku

Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

Chorus:
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu



Lirik Lagu Ku Menunggu - Rossa

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu
cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku
reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu
repeat reff
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Klik untuk mengetahui apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...