Watch Out!!

Total Pageviews

Klik untuk lihat promosi

Thursday, 2 June 2011

Doc kata kena buat pembedahan mulut

Hari ni saya cuti, pergi klinik gigi plan nak cabut gigi bongsu sebelah kiri dan kanan. Bila jumpa Doc, dia kata kena buat temujanji kat Hospital pakar. Kenapa? Sebab gigi bongsu tu tak keluar sepenuhnya, jadi pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan gigi bongsu tersebut. Yang paling seramnya, Doc kata dia akan belah sikit gusi supaya gigi bongsu dapat dikeluarkan.

Ada dua pilihan diberikan, samada nak keluarkan dua-dua sekali ( dalam keadaan tak sedar ) atau keluarkan satu-satu ( dalam keadaan sedar ). Saya minta nasihat nurse kat situ, dia kata baik keluarkan satu-satu, sebab kalau keluarkan dua-dua (dalam keadaan tak sedar ) kesannya tekak akan rasa sakit dan susah nak makan kerana dia masukkan tiub semasa pembedahan. Jadi saya pun buat pilihan keluarkan gigi dalam keadaan sedar. Mula-mula Doc akan keluarkan gigi sebelah kanan. Seminggu atau dua minggu lepas tu, baru Doc akan panggil balik untuk keluarkan yang sebelah lagi.
Doc dah bagitau awal-awal kat saya, lepas pembedahan tu saya susah nak makan dan buka mulut. Doc akan bagi MC 3-4 hari. Seramnya dengar. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar. Aminnnn....
Anda ada pengalaman yang serupa? Kongsikan dengan saya. Nak bagi tip cepat sembuh sangatlah dialu-alukan. Terima kasih.

4 comments:

  1. dont worryyy, u will be ok :) its a minor suggeryy so dont worry too much :D

    i followed u , keep on updating yaa !

    ReplyDelete
  2. gud luck for ur surgery..tp kan klu bab gigi sakit ni mmg tak boleh tahan..nak mkn pon susah..sakit gigi je boleh buat pening kepala..semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  3. puas jugak pujuk hati ni, tp bila bygkan Doc nak belah sikit gusi tu, eeeee....seram wwooooo....

    ReplyDelete
  4. saki sekejup aje dr terus menanggung sakit....hihihi...

    ReplyDelete

Klik untuk mengetahui apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...