Dah lama saya tak update blog. Tapi, saya tetap jenguk Innit Nuffnang untuk dapatkan maklumat yang terbaru termasuklah Ahmad Fedtri Yahya nak kahwin 29 Mei ni. Dalam diam-diam rupanya berisi. Alhamdulillah, semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan berkekalan serta bahagia hendaknya.
OK, kita tinggalkan mengenai Ahmad Fedtri Yahya. Sekarang kita kembali ke topik di atas. Percaya tak, ada minah berpayung dalam pejabat?? Kenapa dengan minah tu? Hilang kewarasan ke? Hahhh!!! Minah ni waras je, ada sebab minah ni berpayung dalam pejabat. Nak tahu sebabnya?? Mesti korang tak terjangka alasan minah tu. Jeng... Jeng... Jeng... Sebabbbbb...... Belakang minah tu ada CCTV dan dia tengah dok layan FB. Kuang..Kuang..Kuang.. CURI TULANG rupanya minah ni....
**tak boleh upload gambar muka minah ni, nanti kena saman pulak.. ;-p
No comments:
Post a Comment