Watch Out!!

Total Pageviews

Klik untuk lihat promosi

Wednesday, 11 May 2011

Rambut gugur? Nak petua tak?


Ramai yang mengalami masalah rambut gugur. Kenapa? Banyak faktor yang mempengaruhi masalah rambut gugur antaranya pemakanan yang tidak seimbang, aktiviti harian yang tidak sihat, rawatan penyakit kanser. Saya ada petua mudah untuk diamalkan 2-3 kali seminggu. Mudah sangat. InsyaAllah, jika diamalkan hasilnya tidak menghampakan anda.

Okay, bahan-bahannya ialah :-
1 biji kelapa parut
sedikit air suam

Bahan pun sikit saja, sudah tentu mudah untuk diamalkan setiap minggu. Sekarang biar saya terangkan cara penyediaannya.

1. Masukkan sedikit air suam ke dalam kelapa parut.
2. Ramas-ramaskan adunan tersebut untuk mengeluarkan pati santan.
3. Kemudian perah kelapa parut dan hampas dibuang.
4. Basahkan rambut dan lumurkan pati santan ke rambut anda.
5. Biarkan kering, seelok-eloknya selama setengah jam.
6. Langkah terakhir yang anda perlu lakukan, bilaskan keseluruhan kepala anda dengan air suam.


** Tunggu apa lagi, cubalah hari ini. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil. Amin.

No comments:

Post a Comment

Klik untuk mengetahui apa yang menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...