Gambar di atas merupakan cubaan pertama membakar cheese cake.
-------------------------------------
Sebelum ini saya hanya letakkan dalam peti ais je. Resepi yang sangat mudah (kawan yang bagi). Ok sy bg resepi cheese cake yang tak perlu dibakar cuma masukkan dalam peti ais jer.
Bahan-bahan :
1 buku Cheese Philadelphia
1/2 Buttercup (saiz biasa)
1 cawan gula
beberapa keping biskut Marie
Cara-cara membuatnya :
1. Pastikan Cheese Philadelphia dan Buttercup cair pada suhu bilik.
2. Masukkan Cheese, Buttercup dan gula dalam mangkuk.
3. Sebatikan dengan menggunakan mixer dalam 10 minit.
4. Susunkan biskut Marie ke dalam acuan.
5. Masukkan adunan Cheese tadi.
6. Proses seterusnya selang selikan biskut Marie dengan adunan Cheese sehingga habis.
7. Langkah terakhir, masukkan acuan ke dalam peti ais (bahagian bawah ye bukan bahagian ais tu), biarkan semalaman. Esoknya boleh la makan dengan ahli keluarga tersayang, kawan, jiran)
** Adunan ni untuk 4-5 orang je, pandai-pandailah gandakan kalau nak buat lebih banyak ye.
-------------------------------------
Gambar yang ni pulak kali ke-2 saya cuba bakar Cheese Cake. Tapi ada dua masalah dengan kek ni. Pertama, terlalu banyak letak tepung. Kedua, suhu terlalu tinggi sehinggakan sekeliling kek tu berwarna coklat pekat ( macam hangus ). Huhuhuhu.... Walaupun ada dua masalah, tapi rasanya tetap sedap dan nampak cantik bila dah dipotong. Betul tak? Budak opiz pun cakap sedap tau. ;-)
adeh...sedapnye cheese cake!
ReplyDeleteyup...memang sedap pun... ;-)
ReplyDeletewah, memang mengiurkan ok, nak2 yana memang suka cheese cake.. yana amek ya resipi ni.. thanks! =)
ReplyDelete